Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Lama sungguh diri ini menyepi..blog ni pun dah berhabuk, penuh sawang bagai..sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah pada yang beragama Islam..semoga tahun baru hijrah ini lebih baik untuk kita semua.
Okayyhh..tajuk post hari ni tentang MR. ISTIKHARAH..siapakah itu? jeng,jeng,jeng…hahaha..pada siapa yang tengok cerekarama tv3, 25 Oktober, 9pm, tau la apa sebenarnya..ni tajuk telemovie..
Telemovie Mr. Istikharah berkisahkan tentang 2 rakan sekerja, Aisyah (Amyra Rosli) & Mastura (Cristina Suzanne) yang amat minat dengan seorang penceramah iaitu Ustaz Kamal (Amar Asyraf)..si Aisyah sanggup menolak pinangan orang kerana mahukan Ustaz Kamal meminangnya dan manakala Mastura pula, asyik berangan berdampingan dengan Ustaz Kamal..Overall cerita ni kelakar tapi sarat dengan mesej yang berguna. Kena pulak dengan hari cerita ni ditayangkan merupakan Awal Muharram..
Mesej dari telemovie Mr. Istikharah:
- bila buat sesuatu niatlah kerana Allah..tapi jangan la nak pergi merompak niat kerana Allah, mmg nk kena tu..sesuatu tu mestilah yang baik-baik..
- sentiasa berdoa pada Allah jika ingin sesuatu..cara memohon tu biarlah berpada..takkan kau minta dengan Tuhan untuk kahwinkan kau dengan Aaron Aziz..agak-agak la kalau ya pun..cubalah berdoa secara general..jangan terlalu spesifik..
- jangan paksa Allah untuk makbulkan doa kita..jika Tuhan belum makbulkan doa kita, tentu Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk hambaNya..sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.
- jika minat pada seseorang, lagi-lagi kalau orang itu bukan MAHRAM kita, hati-hatilah..takut berlakunya zina hati..kalau berangan si buah hati cik abang sayang pun, berpada-pada..kalau tak mampu, nikahlah seeloknya..
- cubalah buka hati untuk orang lain..bukalah mata untuk tengok orang yang disekeliling kita..hargai mereka seadanya..
- jika nak marah ataupun tegur seseorang, jangan lakukan dikhalayak ramai..sudah tentulah malu orang yang dimarah, ditegur itu..kalau nak marah, tegur, lakukan secara berhemah, tegur dengan kasih sayang walaupun di laman sosial..
- jangan cepat membuat telahan, andaian..diri sendiri juga yang rugi..tak pasal-pasal bergaduh pulak sesama kawan, ibubapa, anak dan sebagainya..sebelum buat apa-apa, tanya dahulu..dapatkan kepastian..
- jangan sombong..kita hidup di dunia ni bukan bersendirian..kita saling memerlukan..
Mesej yang disampaikan tu ada jugak kena batang hidung sendiri..takpelah..ambil iktibar, perbaiki diri..tapi andai kata ada yang bercanggah, harap dapat tegur saya secara berhemah juga la ye..saya pun budak baru belajar..sebelum akhiri post kali ni, saya nak anda semua fikir sejenak perkataan ni iaitu, spitol..apakah itu? jeng,jeng, jeng..sampai jumpa lagi..Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment