Assalamualaikum.
Ini merupakan entry pertama Fara. Hope you guys will like it. Kalau ada yang tak kena, sila beri tunjuk ajar :)
Hari ini merupakan hari pertama di bulan Mei untuk tahun 2012. Maknanya, hari ni cuti kerana hari ni merupakan Hari Pekerja. Di kesempatan ini, Fara ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja termasuklah diri ini walaupun kerja sambilan :D
Tema Hari Pekerja untuk tahun ini ialah " Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi". Maknanya, tanpa pekerja yang berinovatif dari segi kualiti dan disiplin, maka transformasi tidak akan berlaku seperti apa yang telah dirancang oleh kerajaan. Betul ke?? hahaha :D Itu adalah fahaman Fara. Tak taulah kalau orang lain.
Di hari pekerja ini juga, Fara tetap menyiapkan assignment yang DEADLINE nya adalah esok, 2 Mei 2012.
Alhamdulillah, pukul 11 malam, Fara telah berjaya menyiapkan assignment tersebut. Cuma nak bind studies dan print sticker je.
Nak tengok sikit hasil studies yang telah Fara buat?? Ini dia, Multimedia mindmap, Elements of design mindmap dan juga Principles of design mindmap.
Multimedia
Elements of Design
Principles of Design
Bagi sesiapa yang berminat dalam bidang 'design-mendesign', benda-benda di atas ni, wajib tahu dan juga wajib ada dalam setiap design korang. Basically, ini baru sikit daripada apa yang Fara belajar di Faculty of Creative Multimedia, MMU, Cyberjaya. Ada banyak lagi terutamanya assignment. Ni kena kuat mental dan juga fizikal.
Fara pun dah ngantuk. Wahai rakyat jelata, marilah sama-sama kita lelapkan mata. Selamat Malam. Assalamualaikum :)



No comments:
Post a Comment