Assalamualaikum :)
Hari ni Fara penat sangat-sangat..bangun pagi-pagi, terus bersiap nak pegi kelas..hari ni ada figure drawing class and also submission VRC, stand for visual research communication.
Alhamdulillah, lukisan yang terakhir untuk foundation, jauh lebih baik daripada masa mula-mula masuk MMU..terima kasih kepada lecturer-lecturer yang telah mengajar saya melukis selama ini iaitu, Mr. Hushinaidi, Mr. Hanafiah dan juga Mr. Najib. Inilah lukisan terakhir tersebut.
Mari kita zoom in sikit
Amacam?? ok tak dia punya proportion?? kalau tanya lawa ke tak, memang tak lawa la jawabnya kan?? Takpelah..InsyaAllah, cuti nanti Fara cuba perbaiki kelemahan Fara dari segi lukisan. Nanti sama-sama kita lihat hasilnya.
Untuk submission VRC pulak, Alhamdulillah, dah hantar..tapi tak tahu sama ada lecturer berpuas hati atau tidak.. Nampak gaya, Fara punya macam biasa-biasa je. Harap-harap takdelah kena repeat subject ni lagi next semester.
Oklah..mari kita belajar business..minggu depan nak exam..chalokk!! Assalamualaikum.


No comments:
Post a Comment