Nuffnang

Sunday, 26 October 2014

Mr. Istikharah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Lama sungguh diri ini menyepi..blog ni pun dah berhabuk, penuh sawang bagai..sebelum itu, rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah pada yang beragama Islam..semoga tahun baru hijrah ini lebih baik untuk kita semua.

Okayyhh..tajuk post hari ni tentang MR. ISTIKHARAH..siapakah itu? jeng,jeng,jeng…hahaha..pada siapa yang tengok cerekarama tv3, 25 Oktober, 9pm, tau la apa sebenarnya..ni tajuk telemovie..


Telemovie Mr. Istikharah berkisahkan tentang 2 rakan sekerja, Aisyah (Amyra Rosli) & Mastura (Cristina Suzanne) yang amat minat dengan seorang penceramah iaitu Ustaz Kamal (Amar Asyraf)..si Aisyah sanggup menolak pinangan orang kerana mahukan Ustaz Kamal meminangnya dan manakala Mastura pula, asyik berangan berdampingan dengan Ustaz Kamal..Overall cerita ni kelakar tapi sarat dengan mesej yang berguna. Kena pulak dengan hari cerita ni ditayangkan merupakan Awal Muharram..


Mesej dari telemovie Mr. Istikharah:
  • bila buat sesuatu niatlah kerana Allah..tapi jangan la nak pergi merompak niat kerana Allah, mmg nk kena tu..sesuatu tu mestilah yang baik-baik..
  • sentiasa berdoa pada Allah jika ingin sesuatu..cara memohon tu biarlah berpada..takkan kau minta dengan Tuhan untuk kahwinkan kau dengan Aaron Aziz..agak-agak la kalau ya pun..cubalah berdoa secara general..jangan terlalu spesifik..
  • jangan paksa Allah untuk makbulkan doa kita..jika Tuhan belum makbulkan doa kita, tentu Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk hambaNya..sebaik-baik perancang adalah Allah S.W.T.
  • jika minat pada seseorang, lagi-lagi kalau orang itu bukan MAHRAM kita, hati-hatilah..takut berlakunya zina hati..kalau berangan si buah hati cik abang sayang pun, berpada-pada..kalau tak mampu, nikahlah seeloknya..
  • cubalah buka hati untuk orang lain..bukalah mata untuk tengok orang yang disekeliling kita..hargai mereka seadanya..
  • jika nak marah ataupun tegur seseorang, jangan lakukan dikhalayak ramai..sudah tentulah malu orang yang dimarah, ditegur itu..kalau nak marah, tegur, lakukan secara berhemah, tegur dengan kasih sayang walaupun di laman sosial..
  • jangan cepat membuat telahan, andaian..diri sendiri juga yang rugi..tak pasal-pasal bergaduh pulak sesama kawan, ibubapa, anak dan sebagainya..sebelum buat apa-apa, tanya dahulu..dapatkan kepastian..
  • jangan sombong..kita hidup di dunia ni bukan bersendirian..kita saling memerlukan..

Mesej yang disampaikan tu ada jugak kena batang hidung sendiri..takpelah..ambil iktibar, perbaiki diri..tapi andai kata ada yang bercanggah, harap dapat tegur saya secara berhemah juga la ye..saya pun budak baru belajar..sebelum akhiri post kali ni, saya nak anda semua fikir sejenak perkataan ni iaitu, spitol..apakah itu? jeng,jeng, jeng..sampai jumpa lagi..Assalamualaikum.

Thursday, 25 July 2013

Kek Batik

Assalamualaikum and Hi to all readers..

Rasanya belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan..lately ni agak busy dgn assignments, sbb tu x sempat nk update blog..

Btw, hari ni Fara nk share resipi Kek Batik..tiba2 je kena buat kek batik sbg salah satu menu berbuka sbb mak pnya cheese tart x jadi..hurmm, xpe la..mak pnya pasal, buat je laa..

Bahan2:
- 1 paket biskut marie
- 5 sudu besar serbuk milo
- 5 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar marjerin
- 1 biji telur
- coklat masak
- sedikit air panas

kalau yg tak tau rupa biskut marie, inilah rupanya (biskut marie berbentuk bulat..xde bentuk laen dh)..hancurkan biskut marie ni..tp jgn la hancur sgt..just patah-patahkan je biskut ni (patah-patahkan dan letak dlm loyang)

patah-patahkan jd mcm ni sudah..tp kalo nk kecilkan sket lg, bole je..

Lepas tu, masukkan serbuk milo tu kt dlm cawan, campur sket dgn air panas..kacau sket, lps tu campur dgn susu pekat..buat mcm nk buat air milo laa..

Then, ambik satu bekas besar sket, masukkan marjerin..lepas tu, tuangkan bancuhan milo td tu ke dalam bekas yg ada marjerin..kacau smpai marjerin tu larut (tp kalau ada sket2 tu, xpe..bole dimaafkan)..bila dh larut, pecahkan telur..kacau smpai sebati..

Basically, dia akan jd mcm ni laa..bila dh jd mcm ni, kita rehatkan dia jap..ambik coklat masak/cooking chocolate, potong kecik2..masukkan dlm periuk kecik

cooking chocolate ni, kalo bole, kurangkan sket compare to gmbr ni..kalo byk sgt, nnt dia agak keras..cairkan coklat ni guna teknik double boiling..jgn direct letak atas api plak..

Teknik Double Boiling
Ambik periuk yg lg besar dr periuk yg korg letak coklat ni, isikan air (separuh dr periuk tu)..panaskan air tu dulu..bila air tu dh cukup panas, baru letak periuk yg berisi chocolate di atas air yg dlm periuk besar tu..api kena jaga..jgn besar sgt, jgn kecik sgt..

bila coklat tu dh cair, campurkan ke dalam bekas yg ada bancuhan milo, marjerin & telur..kacau sehingga ia sebati..

bila dh sebati, masukkan biskut yg dipatah-patahkan tu..gaul smpai sebati (make sure smua biskut disalut dgn adunan coklat)..bila dh siap, masukkan biskut2 tu ke dalam loyang..ratakan ia..

tadaaa!! inilah hasil dia..dinasihatkan utk mkn semasa ia sejuk..so, simpan dulu dlm peti ais sementara nk tunggu waktu berbuka..bila dh buat ni, jgn lupa utk kemas dapur ye..kalo x, mengamuk pulak mak korg..

Hidangan ni sesuai utk apa jua majlis..kalo xde majlis pn, bole je buat utk mkn saja2..nk buat kek batik ni sng je..cik abg pn bole buat..jgn segan-silu utk mencuba.

Smpai sini je dulu..kalau ada resipi laen, insyaAllah akan dikongsikan bersama. Selamat Mencuba dan Assalamualaikum & bye! :)

Saturday, 6 July 2013

Nyata

Assalamualaikum and hi readers/bloggers.

Macam-macam yg terjadi dalam hidup kita. Hidup perlu ada kasih sayang, cinta dan bermacam-macam lagi. Ada masa pernah jatuh hati pada seseorang yg mmg tak akan jd milik kita. Bahkan, orang tu tak kenal kita pun sebab kita mencintainya dalam diam. Kita cuma mampu utk berangan, berangan dan terus berangan. Lagi teruk, bila kita mmg tidak dibenarkan utk mencintainya buat selama-lamanya.

Seringkali aku melalui pengalaman tersebut. Pasti ada halangan. Apa yang mampu aku buat hanya berdoa kepada Tuhan yg Maha Esa agar Ia pertemukan aku dgn org yg sepatutnya.

Berlari aku mengejar mimpi,
Mimpi yang tak pasti,
Mimpi yang datang dan pergi,
Mimpi yang hanya tinggal fantasi.

Aku ingin terus berada dalam fantasiku,
Di mana semuanya indah belaka,
Tiada sekelumit pun rasa resah,
Kerna aku bersama dengan orang khayalanku.

Bangun!!
Hadapi realiti,
Jika perlu berubah,
Silakan.

Buang rasa tu jauh-jauh,
Jangan benarkan ia kembali,
Meracuni hidup kau,
Merosakkan dirimu.

Kembalilah kepada Tuhanmu,
Menangislah sepuas hatimu,
Mintalah petunjuknya, kasihnya,
Dan kembali berpijak di bumi yang nyata.


Peringatan kepada diri sendiri jugak. Dalam hidup, perlukan penyesalan, agar ia jadi pedoman. Tapi kadang-kadang, diri ini jenis tak makan saman..tetap buat jugak walaupun tau akan dilukai. Sekian sahaja nukilanku yang tiada taraf yang diakhiri dengan Assalamualaikum and bye!



p/s: hayati lirik lagu ni elok-elok..sgt2 menyentuh hati..

Sunday, 16 June 2013

Galau Hatiku..

Assalamualaikum and Hi to my readers/stalkers & bloggers.

Hari ni rasa nak berkarya lagi, memandangkan hati pun masih sedih..(berkarya lagiii..bila la Fara ni nk upload resipi)..hahaha..sabar ye..hati tengah gundah-gelana..kalau buat kek ke biskut, takut tak sedap pulak..okeyh, jom baca puisi seterusnya..


Tak semua orang punya cerita yang indah,
Tak semua orang punya cerita yang duka.

Aku punya cerita yang duka,
Yang pahitnya sukar aku tempuh.

Tiada siapa yang akan mengerti,
Tiada siapa yang akan fahami.

Hadirnya aku hanya sepintas lalu,
Datang dan pergi tiada siapa yang tahu.

Biarkan aku sendiri,
Meniti jalan ini.


Galau sungguh hatiku. Ikutkan hati, nak je pergi dari sini, lupakan segalanya. Pada saat ini, hanya Tuhan sahaja tempat aku mengadu.

Okaylah..kita sambung nanti. Jumpa lagi..Assalamualaikum and bye!

p/s: Terima kasih pada cerita Lawak Ke Der 2 yang berjaya membuatkan aku ketawa lepas bersedihan..ni gelak, xtau gelak ikhlas ke palsu..

Monday, 10 June 2013

Kenapa?

Assalamualaikum and Hi to my stalkers a.k.a my readers.

Rasanya entri untuk hari ni agak berlainan sedikit. Dah tu, upload pagi2 pulak (pagi la sangaaatt)..hahaha..Rasa nak berkarya pulak bila baca buku Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal and also blog Dira Abu Zahar walaupun dia dah lama tak update. Now, aku pulak nak berkarya..Baca, jangan tak baca tau..

Kenapa sekarang aku fikirkan dirimu,
Kenapa sekarang aku teringatkan dirimu,
Kenapa sekarang aku kesah tentang dirimu,
Kenapa sekarang aku rindukan dirimu?

Walhal aku pernah bertemu denganmu sebelum ini,
Tapi kenapa sekarang baru wujud rasa itu semua?

Apa ada pada dirimu?
Apa kuasa tarikan yang kau ada?
Apa yang telah terjadi?
Sehingga ku jadi sebegini rupa.


Hambekk korang..pagi2 dah kena pikio apa yang aku telah hasilkan..Nak cerita panjang2, takut korang rimas pulak..biarlah ia tersemat dalam hatiku ini..Aku harap suatu hari nanti akan ada jawapan untuk segala pertanyaan itu.

Okaylah..tak nak stress pagi2 macam ni..lagi2 hari Isnin..kepada budak2 sekolah serta cikgu mereka, Selamat Kembali ke Sekolah..kepada yang lain, Selamat Bertugas..semoga hari ini lebih baik dari hari2 semalam.

Assalamualaikum & Bye2..watlek watpeace :)

Saturday, 1 June 2013

Welcome June!!

Assalamualaikum and Hi bloggers/ readers.

Uhuk2, hachummm! berhabuk blog aku ni haaa..nampak sangat dah lama tak bukak blog..apetah lagi update..Sedar tak sedar, dah masuk separuh tahun 2013. Dah bulan June dah. So, sempena bulan baru, aku cuba untuk update blog tiap2 hari and cuba untuk meuar-uarkan blog aku ni..

On the 1st June,  kalau dekat Malaysia, hari ni kiranya public holiday la sebab hari ni Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Masa breakfast pagi tadi, sempatlah menonton tv..ataupun dalam Bahasa Melayu, ia dipanggil televisyen..bukak tv1, ada rancangan khas..penerima2 pangkat dan pingat sempena Hari Keputeraan Baginda..antara penerima, pelakon Malaysia berbangsa Cina yang bertaraf antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh..tergamam sekejap..before this dapat pangkat Datuk, tapi sekarang, Tan Sri..giler laa..penerima seterusnya adalah Tan Sri Zamzamzairani..student MMU kalau tak kenal orang ni, better pegi google cepat sebelum kena halau dari MMU..hahaha..sebelum ni beliau berpangkat Dato'. Beliau merupakan Managing Director untuk TM or Telekom Malaysia..Haaa, MMU/ Multimedia University tu, takde kaitan dengan TM ke? hahaha MMU kan Universiti Telekom. So, student MMU perlu tau la orang ni..Even, Tan Sri Zamzamzairani ni pun pernah datang MMU bagi talk, buat hi-tea with the students. Mereka berdua antara penerima yang aku kenal laa..yang lain, aku tak kenal sangat.

Tan Sri Michelle Yeoh

Tan Sri Zamzamzairani

Besides of Hari Keputeraan Agong, rasanya ramai yang melangsungkan Hari Perkahwinan..kena pulak waktu tengah cuti sekolah. Tapi untuk aku dan family sebelah mak, hari ni ada Majlis Cukur Jambul cucu Cikgu Sana'ah yang ke-10, Farhan Razin. Rasanya, waktu macam ni la baru bole kumpul saudara-mara..waktu raya pun tak tentu bole kumpul macam ni..

adik-beradik mak..barisan depan dari kiri, Uda, Mak Lang & Ucu..barisan belakang dari kiri, Andak, Angah, Wan (nenek) & my mum :)

with my cousin yang tengah dukung adik dia yang dicukur jambulnya..hahaha..beza umur aku dengan cousin aku ni just 15 hari je..aku la yang tua 15 hari daripada dia dan terus membuatkan aku ni sebagai cucu sulung dalam family ni.


Besides Hari Keputeraan Agong, hari ni jugak merupakan birthday sepupuku, Farhan Rasyid, iaitu abang kepada Farhan Razin. (sorry, gambar tak berapa nak okay sebab amek dari orang lain)

So, basically that's what happened on the 1st June 2013. I'll keep updating day by day about things happening in my life and also recipes since ada permintaan di Facebook. Okay, see you guys in another entry. Gracias, Assalamualaikum and Bye :)

Penat jugaklah walaupun cuma Majlis Cukur Jambul..penat melayan budak2..ni baru Majlis Cukur Jambul sepupu aku..belum Majlis Kahwin aku..hahaha..pape pun, memang riuh-rendah jugak la rumah nenek aku dengan cucu2 dia and itu dah cukup untuk buat aku happy.

Monday, 31 December 2012

Goodbye 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun 2013..sekejap je masa berlalu..tahun 2012 aku penuh dengan pelbagai perkara..tak kira pahit, manis, tawar, masam dan segala-galanya..

Aku bagi tahu sekali pintas apa yang berlaku kepada aku sepanjang tahun 2012..itu pn apa yg aku igt la..

Tahun 2012 dimulakan dengan assignment yg byk..waktu tu aku masih lagi bergelar foundation student. Alhamdulillah, bulan Jun 2012 aku dah jadi degree student.. 'Bachelor of Multimedia (Interface Design)

Gambar waktu last payper untuk Foundation

Selain itu, aku masih menjadi jurulatih untuk pasukan wakil sekolah bola jaring SMK USJ 12..aku dah cuba sedaya upaya untuk melatih mereka..tapi xde rezeki..mereka masih ditangkuk yg lama..aku tak tau sama ada kekalahan itu dtg drpd aku atau mereka yg sukar untuk memberi kerjasama sepanjang aku mengendalikan pasukan itu.

walaupun kalah, jangan berhenti main ye adik2..

Kemudian, guruku a.k.a kakak aku, selamat dinikahkan pada 27 April 2012..aku merupakan salah seorang org terpenting ketika majlis pernikahan itu..aku dilantik sebagai 'Official Photographer'...dah la jd official photographer, then aku jugak kena buat album kahwin dia..nasib baek waktu tu cuti..

inilah guruku a.k.a kakakku :)

Hidup sebagai degree student sgt mencabar..subjek pn tiba2 byk..tak terurus jugak mula2 tu..tp sekarang ni bila dh masuk 2nd semester, dh ok sikit la..xde la seteruk masa 1st semester..

so, inilah jadinya bila dh stress buat assignment..jd gila jap..

Then, raya tahun ni adalah raya pertama tanpa tok..sejujurnya, memang aku sgt sebak bila balik Alor Star and tgk katil arwah tok..lagi sebak bila aku pergi ziarah kubur arwah tok lepas solat hari raya aidilfitri..itu kisah arwah tok a.k.a nenek..org utara panggil tok tu nenek..and tok wan tu atok..skrg ni pulak berkisar tentang 2 orang pak cik saudara aku, Dato' Mohsin bin Mohd. Khir & Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir yang telah dijemput untuk bertemu dengan pencipta-NYA.. Dato' Mohsin atau aku panggil dia Pak Wa (sbb dia yg paling tua dlm adik-beradik dia) meninggal pada 23 Julai 2012..dalam bulan puasa..kali terakhir aku jumpa dia masa majlis kahwin anak dia..waktu tu dia nampak sihat walafiat je..di majlis tu jugak kali terakhir aku jumpa Dato' Mahadzir (aku panggil dia Pak Ngah Det)..beliau meninggal pada 6 September 2012..44 hari selepas abangnya meninggal..di katil nombor 44..mungkin itu secara kebetulan..sentiasa ingat bahawasanya ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan TUHAN..dia yg menentukan segala-galanya..semoga roh mereka yg telah pergi buat selama-lamanya ditempatkan dikalangan org yg beriman.

Gambar buat tatapan dikala merindui tok..

Move it to bulan September..bulan dimana aku dilahirkan..walaupun harapan aku berkecai untuk jumpa Shila Amzah masa birthday aku, tapi aku cukup gembira apabila beliau telah memberikan hadiah yg paling istimewa dimana beliau telah menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai..tepat2 berita kemenangan beliau pada malam hari jadi aku..aku sgt happy smpai mengalirkan air mata apabila melihat kejayaan beliau..disebabkan kejayaan beliau di Shanghai, kini beliau telah memenangi beberapa anugerah antaranya anugerah Lagu Terbaik & Penyanyi Wanita terbaik untuk AIM 2012..selain itu, di APM 2012, beliau memenagi anugerah Lagu Wanita Terbaik..cayalah Shila Amzah..I'll always support you.. #Shilalas..selain drpd tu, beliau juga telah tercalon sebagai finalis untuk Anugerah Juara Lagu..jadi, kita tunggulah AJL pada 6 Januari 2013..

Will always be my favourite singer.. #Shilalas :)

Lupa pulak nak cakap pasal pencapaian sports aku..masuk je new academic calendar, aku telah dilantik sebagai President of Netball Club, MMU Cyberjaya..terima kasih kerana memberi tanggungjawab itu..mmg terasa habis la beban tu..tp saya buat sehabis baik untuk netball club..then, akhir bulan 10, aku mewakili MMU untuk Sukan IPT (SUKIPT)..bangga la jugak sbb dpt represent MMU utk that such of big event..siap masuk tv lagi tuh..rasa mcm kat olimpik pn ada..hahaha..yg penting, aku dpt tgk Pandelela Rinong face-to-face masa Perasmian SUKIPT tu..aku ada, kau ada?? hahaha..

inilah team netball yg mewakili MMU ke Sukan IPT..anyway, good job girls!

Sejak akhir2 ni, xdelah perkara yg gempak sgt..cuma menghabiskan sisa-sisa kehidupan & tahun 2012 bersama kawan2..kawan ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama (alamak, dah masuk lirik lagu dh) hahaha..aku sangat beruntung kerana dpt kawan2 yg mcm tu.. IRA, ROy, ECaH, TImAH, TASyA, SHaNa, NIsA & MiRA..guys, thank you for being my friends..aku mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati korg, buat korg marah..almaklumlah, saya hanya manusia biasa..harap kita dpt jd kawan selama-lamanya..love you guys <3




So, itulah sepintas lalu apa yg berlaku dalam 2012..minta maaf sebab x dapat nk muatkan semua..aku cuma letak apa yg aku rasa best dan sgt bermakna..cerita pasal azam tahun baru, kena tunggu entry esok la..

sebelum aku tutup tirai blog 2012, jom dengarkan lagu dari Wali Band - Doaku untukmu Sayang..dear girlfriends, doaku akan selalu untuk kalian semua..


Okeyh! Jumpa entry lain di tahun baru.. SELAMAT TAHUN BARU 2013! 
Assalamualaikum & Bye :)