Nuffnang

Thursday, 25 July 2013

Kek Batik

Assalamualaikum and Hi to all readers..

Rasanya belum terlambat utk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan..lately ni agak busy dgn assignments, sbb tu x sempat nk update blog..

Btw, hari ni Fara nk share resipi Kek Batik..tiba2 je kena buat kek batik sbg salah satu menu berbuka sbb mak pnya cheese tart x jadi..hurmm, xpe la..mak pnya pasal, buat je laa..

Bahan2:
- 1 paket biskut marie
- 5 sudu besar serbuk milo
- 5 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar marjerin
- 1 biji telur
- coklat masak
- sedikit air panas

kalau yg tak tau rupa biskut marie, inilah rupanya (biskut marie berbentuk bulat..xde bentuk laen dh)..hancurkan biskut marie ni..tp jgn la hancur sgt..just patah-patahkan je biskut ni (patah-patahkan dan letak dlm loyang)

patah-patahkan jd mcm ni sudah..tp kalo nk kecilkan sket lg, bole je..

Lepas tu, masukkan serbuk milo tu kt dlm cawan, campur sket dgn air panas..kacau sket, lps tu campur dgn susu pekat..buat mcm nk buat air milo laa..

Then, ambik satu bekas besar sket, masukkan marjerin..lepas tu, tuangkan bancuhan milo td tu ke dalam bekas yg ada marjerin..kacau smpai marjerin tu larut (tp kalau ada sket2 tu, xpe..bole dimaafkan)..bila dh larut, pecahkan telur..kacau smpai sebati..

Basically, dia akan jd mcm ni laa..bila dh jd mcm ni, kita rehatkan dia jap..ambik coklat masak/cooking chocolate, potong kecik2..masukkan dlm periuk kecik

cooking chocolate ni, kalo bole, kurangkan sket compare to gmbr ni..kalo byk sgt, nnt dia agak keras..cairkan coklat ni guna teknik double boiling..jgn direct letak atas api plak..

Teknik Double Boiling
Ambik periuk yg lg besar dr periuk yg korg letak coklat ni, isikan air (separuh dr periuk tu)..panaskan air tu dulu..bila air tu dh cukup panas, baru letak periuk yg berisi chocolate di atas air yg dlm periuk besar tu..api kena jaga..jgn besar sgt, jgn kecik sgt..

bila coklat tu dh cair, campurkan ke dalam bekas yg ada bancuhan milo, marjerin & telur..kacau sehingga ia sebati..

bila dh sebati, masukkan biskut yg dipatah-patahkan tu..gaul smpai sebati (make sure smua biskut disalut dgn adunan coklat)..bila dh siap, masukkan biskut2 tu ke dalam loyang..ratakan ia..

tadaaa!! inilah hasil dia..dinasihatkan utk mkn semasa ia sejuk..so, simpan dulu dlm peti ais sementara nk tunggu waktu berbuka..bila dh buat ni, jgn lupa utk kemas dapur ye..kalo x, mengamuk pulak mak korg..

Hidangan ni sesuai utk apa jua majlis..kalo xde majlis pn, bole je buat utk mkn saja2..nk buat kek batik ni sng je..cik abg pn bole buat..jgn segan-silu utk mencuba.

Smpai sini je dulu..kalau ada resipi laen, insyaAllah akan dikongsikan bersama. Selamat Mencuba dan Assalamualaikum & bye! :)

Saturday, 6 July 2013

Nyata

Assalamualaikum and hi readers/bloggers.

Macam-macam yg terjadi dalam hidup kita. Hidup perlu ada kasih sayang, cinta dan bermacam-macam lagi. Ada masa pernah jatuh hati pada seseorang yg mmg tak akan jd milik kita. Bahkan, orang tu tak kenal kita pun sebab kita mencintainya dalam diam. Kita cuma mampu utk berangan, berangan dan terus berangan. Lagi teruk, bila kita mmg tidak dibenarkan utk mencintainya buat selama-lamanya.

Seringkali aku melalui pengalaman tersebut. Pasti ada halangan. Apa yang mampu aku buat hanya berdoa kepada Tuhan yg Maha Esa agar Ia pertemukan aku dgn org yg sepatutnya.

Berlari aku mengejar mimpi,
Mimpi yang tak pasti,
Mimpi yang datang dan pergi,
Mimpi yang hanya tinggal fantasi.

Aku ingin terus berada dalam fantasiku,
Di mana semuanya indah belaka,
Tiada sekelumit pun rasa resah,
Kerna aku bersama dengan orang khayalanku.

Bangun!!
Hadapi realiti,
Jika perlu berubah,
Silakan.

Buang rasa tu jauh-jauh,
Jangan benarkan ia kembali,
Meracuni hidup kau,
Merosakkan dirimu.

Kembalilah kepada Tuhanmu,
Menangislah sepuas hatimu,
Mintalah petunjuknya, kasihnya,
Dan kembali berpijak di bumi yang nyata.


Peringatan kepada diri sendiri jugak. Dalam hidup, perlukan penyesalan, agar ia jadi pedoman. Tapi kadang-kadang, diri ini jenis tak makan saman..tetap buat jugak walaupun tau akan dilukai. Sekian sahaja nukilanku yang tiada taraf yang diakhiri dengan Assalamualaikum and bye!



p/s: hayati lirik lagu ni elok-elok..sgt2 menyentuh hati..

Sunday, 16 June 2013

Galau Hatiku..

Assalamualaikum and Hi to my readers/stalkers & bloggers.

Hari ni rasa nak berkarya lagi, memandangkan hati pun masih sedih..(berkarya lagiii..bila la Fara ni nk upload resipi)..hahaha..sabar ye..hati tengah gundah-gelana..kalau buat kek ke biskut, takut tak sedap pulak..okeyh, jom baca puisi seterusnya..


Tak semua orang punya cerita yang indah,
Tak semua orang punya cerita yang duka.

Aku punya cerita yang duka,
Yang pahitnya sukar aku tempuh.

Tiada siapa yang akan mengerti,
Tiada siapa yang akan fahami.

Hadirnya aku hanya sepintas lalu,
Datang dan pergi tiada siapa yang tahu.

Biarkan aku sendiri,
Meniti jalan ini.


Galau sungguh hatiku. Ikutkan hati, nak je pergi dari sini, lupakan segalanya. Pada saat ini, hanya Tuhan sahaja tempat aku mengadu.

Okaylah..kita sambung nanti. Jumpa lagi..Assalamualaikum and bye!

p/s: Terima kasih pada cerita Lawak Ke Der 2 yang berjaya membuatkan aku ketawa lepas bersedihan..ni gelak, xtau gelak ikhlas ke palsu..

Monday, 10 June 2013

Kenapa?

Assalamualaikum and Hi to my stalkers a.k.a my readers.

Rasanya entri untuk hari ni agak berlainan sedikit. Dah tu, upload pagi2 pulak (pagi la sangaaatt)..hahaha..Rasa nak berkarya pulak bila baca buku Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal and also blog Dira Abu Zahar walaupun dia dah lama tak update. Now, aku pulak nak berkarya..Baca, jangan tak baca tau..

Kenapa sekarang aku fikirkan dirimu,
Kenapa sekarang aku teringatkan dirimu,
Kenapa sekarang aku kesah tentang dirimu,
Kenapa sekarang aku rindukan dirimu?

Walhal aku pernah bertemu denganmu sebelum ini,
Tapi kenapa sekarang baru wujud rasa itu semua?

Apa ada pada dirimu?
Apa kuasa tarikan yang kau ada?
Apa yang telah terjadi?
Sehingga ku jadi sebegini rupa.


Hambekk korang..pagi2 dah kena pikio apa yang aku telah hasilkan..Nak cerita panjang2, takut korang rimas pulak..biarlah ia tersemat dalam hatiku ini..Aku harap suatu hari nanti akan ada jawapan untuk segala pertanyaan itu.

Okaylah..tak nak stress pagi2 macam ni..lagi2 hari Isnin..kepada budak2 sekolah serta cikgu mereka, Selamat Kembali ke Sekolah..kepada yang lain, Selamat Bertugas..semoga hari ini lebih baik dari hari2 semalam.

Assalamualaikum & Bye2..watlek watpeace :)

Saturday, 1 June 2013

Welcome June!!

Assalamualaikum and Hi bloggers/ readers.

Uhuk2, hachummm! berhabuk blog aku ni haaa..nampak sangat dah lama tak bukak blog..apetah lagi update..Sedar tak sedar, dah masuk separuh tahun 2013. Dah bulan June dah. So, sempena bulan baru, aku cuba untuk update blog tiap2 hari and cuba untuk meuar-uarkan blog aku ni..

On the 1st June,  kalau dekat Malaysia, hari ni kiranya public holiday la sebab hari ni Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Masa breakfast pagi tadi, sempatlah menonton tv..ataupun dalam Bahasa Melayu, ia dipanggil televisyen..bukak tv1, ada rancangan khas..penerima2 pangkat dan pingat sempena Hari Keputeraan Baginda..antara penerima, pelakon Malaysia berbangsa Cina yang bertaraf antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh..tergamam sekejap..before this dapat pangkat Datuk, tapi sekarang, Tan Sri..giler laa..penerima seterusnya adalah Tan Sri Zamzamzairani..student MMU kalau tak kenal orang ni, better pegi google cepat sebelum kena halau dari MMU..hahaha..sebelum ni beliau berpangkat Dato'. Beliau merupakan Managing Director untuk TM or Telekom Malaysia..Haaa, MMU/ Multimedia University tu, takde kaitan dengan TM ke? hahaha MMU kan Universiti Telekom. So, student MMU perlu tau la orang ni..Even, Tan Sri Zamzamzairani ni pun pernah datang MMU bagi talk, buat hi-tea with the students. Mereka berdua antara penerima yang aku kenal laa..yang lain, aku tak kenal sangat.

Tan Sri Michelle Yeoh

Tan Sri Zamzamzairani

Besides of Hari Keputeraan Agong, rasanya ramai yang melangsungkan Hari Perkahwinan..kena pulak waktu tengah cuti sekolah. Tapi untuk aku dan family sebelah mak, hari ni ada Majlis Cukur Jambul cucu Cikgu Sana'ah yang ke-10, Farhan Razin. Rasanya, waktu macam ni la baru bole kumpul saudara-mara..waktu raya pun tak tentu bole kumpul macam ni..

adik-beradik mak..barisan depan dari kiri, Uda, Mak Lang & Ucu..barisan belakang dari kiri, Andak, Angah, Wan (nenek) & my mum :)

with my cousin yang tengah dukung adik dia yang dicukur jambulnya..hahaha..beza umur aku dengan cousin aku ni just 15 hari je..aku la yang tua 15 hari daripada dia dan terus membuatkan aku ni sebagai cucu sulung dalam family ni.


Besides Hari Keputeraan Agong, hari ni jugak merupakan birthday sepupuku, Farhan Rasyid, iaitu abang kepada Farhan Razin. (sorry, gambar tak berapa nak okay sebab amek dari orang lain)

So, basically that's what happened on the 1st June 2013. I'll keep updating day by day about things happening in my life and also recipes since ada permintaan di Facebook. Okay, see you guys in another entry. Gracias, Assalamualaikum and Bye :)

Penat jugaklah walaupun cuma Majlis Cukur Jambul..penat melayan budak2..ni baru Majlis Cukur Jambul sepupu aku..belum Majlis Kahwin aku..hahaha..pape pun, memang riuh-rendah jugak la rumah nenek aku dengan cucu2 dia and itu dah cukup untuk buat aku happy.