Nuffnang

Sunday, 16 June 2013

Galau Hatiku..

Assalamualaikum and Hi to my readers/stalkers & bloggers.

Hari ni rasa nak berkarya lagi, memandangkan hati pun masih sedih..(berkarya lagiii..bila la Fara ni nk upload resipi)..hahaha..sabar ye..hati tengah gundah-gelana..kalau buat kek ke biskut, takut tak sedap pulak..okeyh, jom baca puisi seterusnya..


Tak semua orang punya cerita yang indah,
Tak semua orang punya cerita yang duka.

Aku punya cerita yang duka,
Yang pahitnya sukar aku tempuh.

Tiada siapa yang akan mengerti,
Tiada siapa yang akan fahami.

Hadirnya aku hanya sepintas lalu,
Datang dan pergi tiada siapa yang tahu.

Biarkan aku sendiri,
Meniti jalan ini.


Galau sungguh hatiku. Ikutkan hati, nak je pergi dari sini, lupakan segalanya. Pada saat ini, hanya Tuhan sahaja tempat aku mengadu.

Okaylah..kita sambung nanti. Jumpa lagi..Assalamualaikum and bye!

p/s: Terima kasih pada cerita Lawak Ke Der 2 yang berjaya membuatkan aku ketawa lepas bersedihan..ni gelak, xtau gelak ikhlas ke palsu..

Monday, 10 June 2013

Kenapa?

Assalamualaikum and Hi to my stalkers a.k.a my readers.

Rasanya entri untuk hari ni agak berlainan sedikit. Dah tu, upload pagi2 pulak (pagi la sangaaatt)..hahaha..Rasa nak berkarya pulak bila baca buku Puisi Tepi Jalan by Fynn Jamal and also blog Dira Abu Zahar walaupun dia dah lama tak update. Now, aku pulak nak berkarya..Baca, jangan tak baca tau..

Kenapa sekarang aku fikirkan dirimu,
Kenapa sekarang aku teringatkan dirimu,
Kenapa sekarang aku kesah tentang dirimu,
Kenapa sekarang aku rindukan dirimu?

Walhal aku pernah bertemu denganmu sebelum ini,
Tapi kenapa sekarang baru wujud rasa itu semua?

Apa ada pada dirimu?
Apa kuasa tarikan yang kau ada?
Apa yang telah terjadi?
Sehingga ku jadi sebegini rupa.


Hambekk korang..pagi2 dah kena pikio apa yang aku telah hasilkan..Nak cerita panjang2, takut korang rimas pulak..biarlah ia tersemat dalam hatiku ini..Aku harap suatu hari nanti akan ada jawapan untuk segala pertanyaan itu.

Okaylah..tak nak stress pagi2 macam ni..lagi2 hari Isnin..kepada budak2 sekolah serta cikgu mereka, Selamat Kembali ke Sekolah..kepada yang lain, Selamat Bertugas..semoga hari ini lebih baik dari hari2 semalam.

Assalamualaikum & Bye2..watlek watpeace :)

Saturday, 1 June 2013

Welcome June!!

Assalamualaikum and Hi bloggers/ readers.

Uhuk2, hachummm! berhabuk blog aku ni haaa..nampak sangat dah lama tak bukak blog..apetah lagi update..Sedar tak sedar, dah masuk separuh tahun 2013. Dah bulan June dah. So, sempena bulan baru, aku cuba untuk update blog tiap2 hari and cuba untuk meuar-uarkan blog aku ni..

On the 1st June,  kalau dekat Malaysia, hari ni kiranya public holiday la sebab hari ni Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Masa breakfast pagi tadi, sempatlah menonton tv..ataupun dalam Bahasa Melayu, ia dipanggil televisyen..bukak tv1, ada rancangan khas..penerima2 pangkat dan pingat sempena Hari Keputeraan Baginda..antara penerima, pelakon Malaysia berbangsa Cina yang bertaraf antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh..tergamam sekejap..before this dapat pangkat Datuk, tapi sekarang, Tan Sri..giler laa..penerima seterusnya adalah Tan Sri Zamzamzairani..student MMU kalau tak kenal orang ni, better pegi google cepat sebelum kena halau dari MMU..hahaha..sebelum ni beliau berpangkat Dato'. Beliau merupakan Managing Director untuk TM or Telekom Malaysia..Haaa, MMU/ Multimedia University tu, takde kaitan dengan TM ke? hahaha MMU kan Universiti Telekom. So, student MMU perlu tau la orang ni..Even, Tan Sri Zamzamzairani ni pun pernah datang MMU bagi talk, buat hi-tea with the students. Mereka berdua antara penerima yang aku kenal laa..yang lain, aku tak kenal sangat.

Tan Sri Michelle Yeoh

Tan Sri Zamzamzairani

Besides of Hari Keputeraan Agong, rasanya ramai yang melangsungkan Hari Perkahwinan..kena pulak waktu tengah cuti sekolah. Tapi untuk aku dan family sebelah mak, hari ni ada Majlis Cukur Jambul cucu Cikgu Sana'ah yang ke-10, Farhan Razin. Rasanya, waktu macam ni la baru bole kumpul saudara-mara..waktu raya pun tak tentu bole kumpul macam ni..

adik-beradik mak..barisan depan dari kiri, Uda, Mak Lang & Ucu..barisan belakang dari kiri, Andak, Angah, Wan (nenek) & my mum :)

with my cousin yang tengah dukung adik dia yang dicukur jambulnya..hahaha..beza umur aku dengan cousin aku ni just 15 hari je..aku la yang tua 15 hari daripada dia dan terus membuatkan aku ni sebagai cucu sulung dalam family ni.


Besides Hari Keputeraan Agong, hari ni jugak merupakan birthday sepupuku, Farhan Rasyid, iaitu abang kepada Farhan Razin. (sorry, gambar tak berapa nak okay sebab amek dari orang lain)

So, basically that's what happened on the 1st June 2013. I'll keep updating day by day about things happening in my life and also recipes since ada permintaan di Facebook. Okay, see you guys in another entry. Gracias, Assalamualaikum and Bye :)

Penat jugaklah walaupun cuma Majlis Cukur Jambul..penat melayan budak2..ni baru Majlis Cukur Jambul sepupu aku..belum Majlis Kahwin aku..hahaha..pape pun, memang riuh-rendah jugak la rumah nenek aku dengan cucu2 dia and itu dah cukup untuk buat aku happy.